Ada seorang wanita tua yang taat beragama tetapi suaminya seorang
yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu
membuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali
hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa
dimulai dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan
sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya sentiasa mengejek "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-kejap
Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada
Allah supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari, suaminya
berkata,nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan
wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata : “simpan duit ini”.
Isterinya mengambil duit tersebut dan menyimpan ditempat yang selamat.
Disamping itu, suaminya telah melihat tempat yang disimpan. Kemudian
dengan senyap-senyap dia mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg
duit ke dalam perigi belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian, dia memanggil isterinya dan berkata :
“Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk
disimpan”. Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit dan
diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat itu
dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim.
Ketika itu, Allah menghantar malaikat Jibril untuk mengembalikan beg duit itu dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjatnya dia. Dia berasa bersalah dan mengaku segala
perbuatannya kepada isterinya. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula
mengerjakan perintah Allah dan dia juga membaca Bismillah apabila dia
hendak memulakan sesuatu kerja.
#semoga dijadikan teladan