Showing posts with label karya. Show all posts
Showing posts with label karya. Show all posts

Saturday, 18 August 2012

dalam mencari hidayah Allah


Tiupan angin senja amat mendamaikan perasaan. Aku berasa tenang dan bahagia dengan ciptaan Allah. Aku mendakap erat sebuah buku yang bertajuk "Di Mana Nilai Cintamu". Buku itu baru aku beli pada dua minggu yang lepas.
"Nur Iman."
Satu suara menyapaku dari belakang. Aku amat mengenali suara itu. Suara milik seorang gadis yang aku kenali semasa di tingkatan satu lagi. Lantas aku membuka mataku. Alia tersengih memandangku dan terus melabuhkan punggungnya di sebelahku.
"Assalamualaikum, kau nak apa ni? Tersengih-sengih je dari tadi," tanyaku dengan wajah yang masam.

Monday, 6 August 2012

Kisah Teladan

Ganbar Hiasan

Bismillahirrahmanirrahim..
Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua..aamiin~

ABU Abdi Rabbi termasuk antara sekian ramai usahawan Damsyik yang berjaya.
Suatu ketika dia ke Azerbaijan untuk melakukan misi perdagangan. Sewaktu melintasi sebuah padang rumput di tepi sungai, dia pun istirahat sejenak.
Diriwayatkan daripada Ibnu Jabir, bahawa Abu Abdi Rabbi berkata: "Saat aku sedang berada di sana, tiba-tiba aku dengar ramai suara memuji Allah yang datang dari seberang padang rumput itu.
Aku pun berusaha mencari sumber suara itu, aku temui seorang lelaki berselimutkan tikar di sebuah lubang (gua)." Lalu, aku tanyakan kepadanya: "Apa yang sedang engkau lakukan di sini?"
"Adalah kerana nikmat yang dengannya aku harus memuji kepada Allah,"jawab lelaki itu.
"Bagaimana mungkin itu terjadi, sedang diri engkau sendiri berselubung dalam tikar," tanyaku kepadanya.
Jawab lelaki itu: "Mengapa aku tidak memuji Allah, bukankah Dia mencipta diriku, membentuk diriku dengan begitu indahnya dan melahirkan serta menjadikanku termasuk dalam barisan orang Islam?"
"Dia sudah memberiku dengan keselamatan pada semua anggota tubuhku dan menutupi diriku daripada hal yang sangat aku benci jika hal itu disebut dan disebarluaskan."
"Siapa yang lebih besar nikmatnya daripada orang yang menjalankan seperti yang aku lakukan ini?"
"Semoga engkau sentiasa mendapatkan rahmat Allah, jika engkau sedia ikut aku ke rumah, kita tidak akan berdiam diri lagi di tepi sungai seperti ini," kataku.
"Untuk apa?" tanyanya. Jawabku: "Agar engkau dapat makan dan aku pun dapat memberikan sebahagian harta kekayaanku hingga engkau tidak lagi memakai tikar seperti ini." Lelaki itu menjawab: "Maaf aku tidak memerlukan semua itu."
Al-Walid, salah seorang perawi kisah ini mengatakan: "Menurutku lelaki itu mengatakan: ‘Aku cukup memakan rumput seperti ini daripada memenuhi apa yang dikatakan oleh Abu Abdi Rabbi.’
Abu Abdi Rabbi berkata lagi: "Aku lalu pergi meninggalkannya, sedangkan di hatiku ada semacam kebongkakan dan itu sangat aku benci. Sesungguhnya di Damsyik ini tidak ada seorang pun kekayaannya melebihi aku, padahal aku masih terus berusaha menambah kekayaanku itu.”
Selanjutnya aku berdoa: ‘Ya Allah, aku bertaubat kepada Engkau daripada kejahatan yang ku lakukan selama ini.’
"Semua temanku tidak tahu menahu apa yang sedang aku kumpulkan. "Keesokan pagi, mereka pun kembali melakukan tugas harian mereka sebagai pedagang.
“Mereka menyiapkan tunggangan bagiku, lalu aku pun berangkat ke Damsyik dan aku katakan: ‘Aku pastilah tidak akan bersungguh-sungguh bertaubat apabila aku tetap menjalankan pekerjaanku sebagai pedagang seperti sekarang ini.’
“Kemudian ada sekumpulan kaum bertanya mengenai diriku dan aku pun menceritakan kepada mereka. Mereka akhirnya membidasku atas perniagaanku ini, namun sama sekali tidak ku hiraukan."
Ibnu Jabir berkata: "Sekembali Abu Abdi Rabbi dari Damsyik, dia sedekahkan semua hartanya untuk membela agama Allah.
“Ada sebahagian temanku mengisahkan mengenai Abu Abdi Rabbi. Aku pernah meminta kepada seorang pedagang agar menurunkan harga barang dagangannya itu.
“Aku cuba menawarnya sampai enam dirham, tetapi dia bertahan dengan harga yang ditetapkannya, iaitu tujuh dirham.
“Selepas aku menjadi seorang usahawan berjaya, dia pernah bertanya kepadaku: ‘Engkau berasal dari mana?’ "Dari Damsyik," jawabku.
"Mengapa tidak mirip dengan orang tua yang diutus kepadaku kelmarin," katanya.
Seseorang berkata kepadanya: "Abu Abdi Rabbi kelmarin membeli 700 potong pakaian daripadaku, masing-masing seharga tujuh dirham.
“Tetapi, aku tidak pernah meminta kepadanya agar dia menurunkan harganya satu dirham pun, bahkan dia memintaku agar segera mengirimkan barang berkenaan kepadanya.
“Dan aku pun mengirimkannya melalui pembantuku.
“Selepas barang itu diterima, Abu Abdi Rabbi membahagi-bahagikan kepada tentera yang fakir, sehingga dia pulang tanpa membawa sehelai pakaian pun."
Dia juga menjual seluruh kebunnya untuk disedekahkan dan rumah serta isinya yang melimpah ruah turut dibahagi-bahagikan pula.
Menjelang akhir hayatnya, dia tidak meninggalkan harta benda sedikit pun, kecuali sekadar untuk membeli kain kafannya.
Begitulah hebatnya orang kaya yang pada mula bersifat sombong dan bangga dengan kekayaannya.
Selepas menyedari sifat buruk itu dan dibenci Allah, dia bertaubat dan menjadi seorang hamba yang taat kepada perintah Allah. Abu Abdi Rabbi menyedari bahawa harta dan kekayaan kurniaan Allah itu bersifat sementara dan perlu dikongsi bersama orang yang memerlukan.
Kekayaan dimiliki digunakan ke jalan Allah.

Sunday, 29 July 2012

Kisah Berkat di sebalik Membaca BISMILLAH


Ada seorang wanita tua yang taat beragama tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu membuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa dimulai dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
 Suaminya sentiasa mengejek "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-kejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari, suaminya berkata,nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata : “simpan duit ini”. Isterinya mengambil duit tersebut dan menyimpan ditempat yang selamat. Disamping itu, suaminya telah melihat tempat yang disimpan. Kemudian dengan senyap-senyap dia mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian, dia memanggil isterinya dan berkata : “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan”. Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat itu dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim.

Ketika itu, Allah menghantar malaikat Jibril untuk mengembalikan beg duit itu dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjatnya dia. Dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
#semoga dijadikan teladan

Monday, 23 July 2012

khas untuk kaum HAWA



Wahai para wanita…tahukah anda bahawa:


(1) Semakin banyak pandangan lelaki yang tergila
denganmu semakin bertompok pula dosa-dosamu

2) Semakin sang lelaki menghayalkanmu…semakin
berhasrat denganmu maka semakin bertompok
pula dosa-dosamu
(3) Janganlah anda menyangka senyumanmu yang kau lebarkan secara sembarangan tidak akan ada
pertanggungjawabannya kelak..!!!. Boleh jadi
senyumanmu sekejap menjadi bahan lamunan
seorang lelaki yang tidak halal bagimu selama
berhari-hari.. apalagi keelokan tubuhmu….

(4) Bayangkanlah… betapa bertompok dosa-dosa
para artis dan penyanyi yang auratnya ditayangkan
di hadapan ribuan…bahkan jutaan para lelaki??

(5) Jika anda menjaga kecantikanmu dan
kemolekan tubuhmu hanya untuk suamimu…
maka anda kelak akan semakin cantik dan semakin
molek di surga Allah…

(6) Akan tetapi jika anda tayangkan kecantikanmu
dan kemolekanmu maka ingatlah itu semua akan di
makan dan akan lebur di dalam liang lahad menjadi
santapan cacing dan ulat…dan di akhirat kelak…
boleh jadi berubah menjadi bahan bakar neraka
jahannam!!!
*na'udzu billaahi min dzaalik*


#wallaahu 'alam bissowaab#

falling in LOVE??


"Dan orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang yang bertakwa."
(Surah al-Furqan 25: Ayat 74)
Cinta itu fitrah. Sering kita ungkap, sering kita singkap betapa besar perasaan cinta. Cinta juga apabila ditanya maksudnya, akan timbul pelbagai definisi dari setiap orang yang membicarakannya. Ya, cinta itu sifatnya suci dan kalam. Namun, kita sebagai manusia yang mencacatkan cinta. Apabila ditanya, cinta apa yang utama, ramai atau mungkin semua akan katakan, 'cinta kepada Allah'.

Peperangan Uhud


PEPERANGAN UHUD

Firman Allah dalam ayat  36  surah al-Anfal  yang bermaksud:


"Sesungguhnya orang-orang kafir itu menafkahkan harta mereka untuk menghalangi jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu kemudian ia menjadi penyesalan bagi mereka dan mereka akan dikalahkan dan ke dalam neraka jahannam mereka akan dikumpulkan" 

Monday, 16 July 2012

Kolam berbentuk Hati..


Malam belum turun, masih jauh. Namun langit telah gelap pekat. Awan-awan berubah kelabu, seperti kelelahan menggendong titik-titik air dalam tubuhnya. Sudah hampir satu jam Kencana berbaring di sofa ruang depan sambil memandangi langit dari jendela besar yang terlapis kaca tebal. Dipeluk lututnya semakin erat, menguncupkan tubuhnya yang mulai kedinginan. Telinga mungilnya menangkap gesekan benda lembut beradu dengan lantai keramik. Suara sepasang sendal boneka besar dan lucu yang membungkus sepasang kaki ramping milik Senandung, kakaknya.
“Sudahlah, Na. Maafkan dia, ya?” pinta Senandung. Kencana bergeming. Dipejamkan matanya saat Senandung menutup jendela. “Maafkan dia, Kencana. Oke?” ujar Senandung lagi. Kencana membuka mata, menangkap bayangan Senandung yang berdiri tidak jauh, tengah mengamatinya. Setelah menggeliat sejenak, Kencana lalu berdiri dan beranjak.

Sunday, 15 July 2012

balasan MELEWATKAN waktu SOLAT


Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.
Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40-an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur.

beberapa dalil ayat al-quran berkenaan penciptaan manusia

PENCIPTAAN MANUSIA

" Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada suatu sari pati (berasal) daripada tanah. Kemudian Kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. 
Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. 
Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. " - Surah Al-Mu'minun: Ayat 12-14
“ Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia daripada tanah. 

Al-Isra' :: 23 & 24 ~ let's appreciate our parents



"Safiyyah, stop Facebooking and go do your homework ...NOW!" screams Safiyyah's mother, Khadijah, from the kitchen down the hall.
As her mum had expected, out comes Safiyyah's protest even before her mother could finish her sentence. "But, mum...!" Safiyyah wails.
As usual, Safiyyah ignores her mum's order and continues to 'stalk' people on Facebook. She just can't see the point of doing her Biology homework now. It is due next week anyway.
"Ha! I knew you'd still be here gawking at the computer screen. Who is that? Your new crush? Come, let me see!" Safiyyah's sister, Siti, ambushes her out of nowhere.
"Wha...? No! No way! Ew!" Safiyyah tries to hide her embarrassment. Her sister smirks.
"Safiyyah! What did I tell you? Stop Facebooking and do your homework NOW!" Safiyyah's mum appears out of nowhere.

jadikan ALLAH "majikan TERTINGGI"


Lalalala..Hari-hari kerja! Bosan dengan kerja...
Memang mengena lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Meet Uncle Hussein ini. Kadang-kala kita berasa penat dan bosan dengan pekerjaan yang sedang kita lakukan.
Mahu saja rasanya letak jawatan dan duduk di rumah 'goyang kaki'. Namun, apabila terbayangkan wang ringgit yang amat diperlukan dalam kehidupan, pantas saja digerakkan kaki yang terasa malas dan berat, melangkah ke tempat kerja. Mulut pula mula mengomel, "kalau tak kerja, macam mana la nak hidup..".  Inikah makna sebenar kerja pada kita?

antara TANGGUNGJAWAB dan AMANAH mahasiswa


"Tangungjawab yang ada lebih banyak dari masa yang ada" Ungkapan yang diucapkan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna di atas jelas menggambarkan begitu beratnya amanah dan tangungjawab yang terpikul dibahu kita dalam konteks mahasiswa. Antara tangungjawab dan amanah.
Dua konatasi yang tidak jauh perbezaan serta tidak terlihat apakah sebenarnya kontradaksi antara keduanya. Mahasiswa adalah golongan yang paling bernilai kepada negara. Golongan yang begitu penting kepada agama dan masyarakat.
Mahasiswa adalah begitu sinonim dengan pemuda. Pemuda itu gagah tenaganya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu intelek pemikiranya, teguh idealismanya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu kuat tenaganya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu kuat keinginnannya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu jelas matlamatnya begitu juga mahasiswa. Jelas disini begitu pentingnya golongan mahasiswa.
"Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk" Al-Kahfi:13

Friday, 13 July 2012

kalau dah JODOH, takkan ke mana...


Hati berdetak kencang setiap kali bertemu pandang dengan jejaka pujaan hatinya. Safa segera menundukkan pandangannya. Bimbang akan panahan yang bakal berlaku kepada Safa andai dia terus memandang jejaka itu. Sungguh telah lama dipendamkan rasa hati terhadap jejaka itu namun untuk meluahkan Safa tidak berani. Perasaan malu mencengkam dirinya. Patutkah diluahkan?

Ahh ...malu sekali untuk mengakui rasa yang bertamu di hati. Berkali-kali Safa nafikan, namun ia tetap menganggui Safa. Astaghfirullah hal azim... Ya Allah, jauhkanlah gangguan perasaan ini daripada hatiku. Nasihat ibu untuk sentiasa menjaga akhlak sebagai muslimah sentiasa bermain di minda Safa.

Saban hari Safa meluahkan rasa hatinya kepada Allah SWT. Safa berasa lega meluahkan segalanya kepada Si Pencipta. Satu perkara yang Safa amat pasti. Hatinya tenang sekali setiap kali usai bersolat. Hatinya juga berasa sangat lapang. Kadang-kala mengalir air mata Safa. Dirinya dulu amat jauh daripada Allah. Tidak pernah sekali pun dia ingin melakukan solat-solat tambahan seperti itu. Baginya, solat fardhu sudah mencukupi. Safa salah ...hatinya sangat kosong dahulu namun hari ini Safa mampu untuk mengakui hatinya sudah tidak kosong lagi. Allah raja di hatinya yang telah memenuhi segenap ruang hatinya.

kerana MENUTUP AURATlah yang memBEZAkan kita dengan mereka


Bismillahirrahmanirrahim
Bersyukur aku kepada Ilahi kerana masih lagi diberi peluang dan ruang untuk bernafas, meni’mati segala kurniaanNya yang tidak mampu untuk aku beli. Dari kita celik mata hinggalah kita menutup mata, terlalu banyak ni’mat kurniaan Dia kepada kita kan? Selepas bangun dari subuh, aku tidak terus tidur. Sudah menjadi kebiasaan aku tidak akan tidur selepas subuh melainkan mata dan badan ini terlalu letih kerana berjaga untuk membuat tugasan dan assignment di malam hari, barulah aku akan tidur sebentar. Rutin harianku sekiranya tidak kuliah, aku akan mula mengakses internet untuk membaca artikel-artikel yang boleh memberi manfaat. Ketika aku melayari sebuah blog, aku terbaca sebuah entry mengenai penghijarahan seorang wanita yang dari tidak menutup aurat dengan sempurna kepada bertudung labuh. Terkesima aku membacanya. Alhamdulillah.. Hidayah Allah itu datang kepada siapa yang cuba untuk mencarinya. Lalu aku juga teringin untuk berkongsi kisahku kepada kalian.

Wednesday, 20 June 2012

Kelebihan Solat Malam ^_^


Apabila seseorang itu jaga dari tidurnya di waktu malam dan membangkitkan isterinya lalu kedua-duanya sama-sama menunaikan dua rakaat sembahyang nescaya mereka ditulis dalam golongan manusia yang banyak menyintai dan menyebuti ALLAH.”
 – (Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dari Abi Sa’id)

Tujuannya

Malam dengan ketenangan dan kejernihan suasananya merupakan sebaik-baik waktu untuk beribadat, kerana itu para mukmin digalakkan mengambil kesempatan-kesempatan keemasan itu untuk mengukuhkan hubungan dan kecintaannya kepada ALLAH. Alangkah qudusnya iman seseorang apabila di saat manusia yang lain sedang tidur nyenyak ia bangkit mendirikan sembahyang dan membangunkan isterinya sembahyang bersama-sama untuk mempersembahkan pujian, harapan, permohonan dan permintaan ampun kepada ALLAH ketika dunia diselubungi sepi dan gelita. Alangkah indahnya pandangan dua manusia suami isteri sama berdiri lurus menghadap qiblat dan sama meletakkan dahi mereka ke lantai di tengah-tengah kekelaman malam untuk membuktikan ‘ ubudiah mereka yang tulus kepada ALLAH, memohon keberkatan hidup dunia dan kebahagiaan hidup di negeri Akhirat.

Tuesday, 19 June 2012

-Persoalan & Perdebatan Berkenaan Rejab-


Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami pada Rejab dan Sya’ban, dan jadikan kami berjumpa dengan Ramadhan.

Rejab datang lagi, dan kerap kali perbincangan mengenai menambahkan amalan-amalan dalam bulan Rejab menjadi perdebatan. Kerap kali amalan-amalan berpuasa dalam bulan Rejab dan Sya’ban dipertikaikan. Persoalan dan perdebatan berkisar kepada isu-isu di bawah:

  1. Benarkah bulan Rejab tidak ada keistimewaannya berbanding bulan-bulan lain dan mengatakannya mempunyai kelebihan akan jatuh sesat?
  2. Benarkah melakukan amalan-amalan kebaikan di bulan ini tidak ada bezanya dengan melakukannya pada bulan-bulan lain?
  3. Benarkah mengkhususkan melakukan kebaikan pada bulan ini adalah satu yang ‘sesat’ atau bid’ah?
Disebabkan masa yang terhad, saya tidak bercadang memberikan penghuraian secara menyeluruh merangkumi penghujahan setiap pihak yang menyokong dan menolak. Saya lebih menjurus kepada melihat kepada penghujahan ulama yang membenarkannya secara ringkas untuk melihat samada adakah amalan-amalan ini rekaan mereka semata-mata atau mereka mempunyai hujah dan pentafsiran yang memuaskan hati kita untuk beramal dengannya.

Monday, 18 June 2012

Banish those thoughts on suicide!!

Suicide or the taking of one's own life, is a tragedy each and every time it occurs. About 4,000 suicides occur every year in the UK, but suicide rates have been falling recently. In Asia, suicide rates are highest among Koreans and Japanese. While some suicides come about as a surprise to family and friends, most are totally preventable if the signs are recognised early enough. Make sure that you can help others - or yourself - if needed by learning more about suicide and suicide thoughts now.

:: What are suicide thoughts?

Suicide thoughts are the thoughts or images that come into someone's mind that lead him or her to believe that killing him or herself is the answer to his/her problems. Suicide thoughts are generally experienced while the person is awake, and mental health professionals often divide them into two categories. "Active suicidal ideation" involves a desire to die and involves a plan to bring this about. "Passive suicidal ideation" involves a desire to die but does not include a plan.