Wednesday 1 January 2020

Cara Bayar Saman JPJ/PDRM Online

Ihsan Google
Assalamualaikum & Selamat Tahun Baru 2020! 

Ok straight to the point lah, aku nak cakap pasal saman. Mesti ramai yang pernah kena saman oleh JPJ atau PDRM kan? Yang belum pernah lagi tu syabas lah aku ucapkan kerana anda sememangnya pemandu berhemah! 

Sebelum tu aku nak bagitahu, saman ni ada 2 jenis; saman yang boleh dikompaun dan saman yang tidak boleh dikompaun. Saman yang boleh dikompaun korang boleh terus setel bayar by online, tapi kalau saman yang tidak boleh dikompaun korang kena setel kat mahkamah lah macam tu.

Macam mana nak bayar online? Senang je. Tak payah sibuk-sibuk pegi kaunter pembayaran diorang! Syaratnya, korang kena ada duit dalam bank lah hihihi. 

Aku ajar korang bayar guna MyEG Services ok? 
  1. First, buka link ni MyEG x kisah lah kat laptop ke phone ke ikut korang. Oh ya, make sure korang dah ada account myeg ok? Kalau belum ada boleh lah sign up kat link tadi. Klik Create an account ok untuk sign up. Lengkapkan segala butiran dia minta, ala simple-simple je dia nak, macam ni; 
    1

    2

    3. Dah siap isi, jangan lupa tick box Captcha tu & Submit!
  2. Next, login guna username & password yang kau isi tadi. Pastu, klik lah logo JPJ tu, terpulang sama ada kau sekadar nak semak je ke ataupun nak bayar terus.
    1

    2


  3. Next, masukkan no ic pemilik kenderaan, kalau kenderaan tu atas nama korang, so letak no ic korang. Then pilih kategori kerakyatan korang macam kat bawah ni;

    Dah submit nanti, kalau dia cakap No outstanding summons found tu maksudnya tak ada saman lah. Kalau ada keluar saman, klik proceed je untuk payment. Tapiiiiiiiii, jangan seronok sangattt. Kadang saman korang tak keluar kat JPJ, namun ada kat bahagian PDRM hehe! Boleh check kat bahagian PDRM kat tempat yang display banyak-banyak logo tadi. Then akan keluar macam ni;
    1
    2. Masukkan no ic pemilik kenderaan, atau boleh pilih nak masukkan no plate. Isi text tu, klik check!

  4. Kalau tak ada jugak keluar saman korang, maka berbahagialah kalian, haha! Kalau ada, make sure korang tick dulu box macam kat bawah ni baru lah klik proceed.


  5. Pastu akan keluar detail payment macam ni, klik proceed je. Ada sikit lah charge tu tapi tak banyak pun hehe.
  6. Cara payment boleh pakai kad debit/kredit ataupun guna online banking korang;
  7. Setel! Biasanya payment korang akan clear dalam tempoh 48 jam.

Sebarang pertanyaan, boleh lah drop komen korang ok! Salam warahmatullah...

summon, saman jpj, saman pdrm, saman polis, bayar saman online, myeg service, cara bayar saman, semak saman jpj, cek saman polis



No comments:

Post a Comment

Leave your comment(s) here