Thursday 26 December 2019

Ikhtiar Rawat Strok

Ihsan Google
Assalamualaikum...

Pernah dengar pasal strok? Atau kadang orang sebut angin ahmar? 

Strok ni terjadi disebabkan salur darah kita tersumbat, penyebab seseorang tak mampu nak berjalan, muka senget, kadang sampai satu tahap tak boleh nak meludah dengan normal atau tak boleh nak bertutur dengan baik! 

Strok ni boleh kena dekat siapa saja, tak kira tua muda. Jadi kalini aku nak share pasal ikhtiar untuk rawat strok, atau lebih kepada rutin yang perlu diamalkan untuk pesakit strok. Perlu diingatkan, apa yang aku share ni hanyalah sekadar ikhtiar berdasarkan pengalaman, mungkin berkesan pada sesetengah individu, mungkin juga tidak, ok?


  1. Rebus halia merah, minum airnya. Boleh cuba minum 2 hari sekali.
  2. Rebus peria katak, juga diminum airnya, 2 hari sekali.
  3. Rebus air kelapa muda, masukkan 7 biji lada hitam, seinci halia merah, 1/4 limau nipis. Amalkan minum 3 hari sekali. Seminggu sekali pun boleh.
  4. Elakkan makanan berminyak dan berlemak. Bab makan minum memang kena jaga. No fast food, makanan masin atau manis ni elakkan dulu. Sebolehnya makanan yang berebus saja, ikan dan sayur. Jangan skip makan, makan kena on time!
  5. Perah sebiji limau nipis dalam air suam, amalkan minum selepas makan.
  6. Campurkan madu asli dan habbatus sauda dalam segelas air suam, amalkan minum setiap pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur. 
  7. Amalkan baca surah al-mulk dan al-hasyr dan sebolehnya baca pada air mineral/air masak, minum air tersebut. Kira macam korang buat air tawarlah.
  8. Amalkan baca ayat kursi dan 3 qul sebelum tidur.
  9. Banyakkan bersedekah!
  10. Paling penting, jangan tinggal solat, jangan tinggal al-quran. Perbanyakkan berdoa dan istighfar, kerana Allah saja yang boleh memberikan kesembuhan pada kita. Ingat tu...
  11. Cuba buat senaman ringan di rumah tiap hari, seeloknya awal pagi, contohnya gerak-gerakkan jari kaki, angkat turun kaki, cuba ok? Jangan layankan sangat otot sendi yang tak boleh nak berfungsi tu.
  12. Urut segala sendi 3 kali sehari, pagi petang dan malam lah kiranya. Minyak urut boleh cuba guna Minyak Saraf Tokwan atau Minyak Hijau Orang Kampung, boleh tengok gambar bawah ni;
           
    Minyak Tokwan
    Minyak Hijau Orang Kampung

  13. Untuk muka yang senget, contoh senget/jatuh belah kiri, urut muka guna mana-mana minyak urut kat atas ni, urutan daripada bahagian pipi muka kanan tarik ke pipi kiri (urutan U), seolah-olah korang tolak pipi kiri yang senget tu naik ke atas bermula daripada pipi kanan. Buat setiap pagi, petang dan malam. Kalau tak berapa nak yakin, boleh jumpa mana-mana tukang urut yang diyakini!
  14. Mandi guna air suam, elakkan mandi guna air yang sejuk!
  15. Boleh cuba buat rawatan bekam dan akupuntur, pastikan korang cari yang betul-betul bertauliah, selidik dulu latar belakang orang yang nak buat bekam dan akupuntur tu ok?
Setakat ni itu sahaja lah kot, apa pun kena yakin, cuba ikhtiar dan jangan berputus asa. Setiap penyakit pasti ada penawarnya... kecuali? Mati. Dan kena yakin bahawa setiap penyakit yang datang menimpa kita ni akan menggugurkan dosa-dosa lepas, insyaallah! 

Akhir kata, apa yang aku cuba nak share ini adalah berdasarkan pengalaman, dan merupakan jalan ikhtiar, bukan bermaksud membelakangkan rawatan hospital atau seumpamanya. Ingat, kita hanya mampu ikhtiar, yang memberikan kesembuhan hanyalah Dia Yang Maha Esa. Ok? 
Salam warahmatullah.



No comments:

Post a Comment

Leave your comment(s) here