Sunday 30 December 2012

Sedikit perkongsian- Tarbiyah Ruhiyah

Assalamu'alaikum warahmatullah
(buat sahabat sahabiah yang dikasihi Allah sekalian..
Harini sy nak share sedikit perkongsian yg sy dpt waktu smart circle td

Politik ni sebenarnya urusan sesama manusia antara satu sama lain, kira mcm ni politik kecil je, so jgn kata "ish,politik lah sangat,aku taknak masuk campar hal politik tu semua!"
"..ahh,politik tu urusan diorang je, orang2 besar.."
Dah klu kita kata mcm tu, mksudnya kita taknak ambik tahu pasal org2 di sekeliling kita la kan? for instant jiran2, saudara-mara..btl x? haa, so? yg politik besar tu barula melibatkan negara ok.

Tarbiyah = Pendidikan/latihan

Tarbiyah dlm Islam ni haruslah:
1.Bersifat KETUHANAN: contohnya, klu kita nak keluar jalan2 tu boleh, asalkan solat fardhu jangan ditinggalkan & jaga aurat misalnya, haa ni la yg dikatakan bersifat ketuhanan kerana ada diterapkan unsur2 yg menunjukkan kita ni hamba Allah.
2.Melaksanakan syariat Allah.

Tarbiyah yg paling utama & paling tinggi dalam hidup kita adalah Tarbiyah Imaniyah (Pendidikan Keimanan).

Tarbiyah seterusnya adalah Tarbiyah Jasmani, contohnya ibubapa mengajar anak2nya supaya pandai BERENANG, MEMANAH & BERKUDA. Ketiga2 aktiviti sukan ni adalah sunnah Rasulullah SAW. Boleh je buat aktiviti lain, asalkan bersifat ketuhanan & melaksanakan syariat Allah seperti yg sy dah jelaskan kt atas tu.

Seterusnya Tarbiyah Kemasyarakatan, contohnya kita memuliakan jiran tetangga kita, jangan sampai mereka sakit hati dengan kita, rajin2kanlah bertegu sapa sesama jiran ok! hehe

Then, Tarbiyah Akal, yang mana amat berkait rapat dengan pemikiran kita. Umat Islam ni kena rajin berfikir, jgn main bantai je buat suatu perkara tu.

Last but not least, Tarbiyah Ruhiyah (Pendidikan Rohani), yang ni amatlah berkait rapat dengan Tarbiyah Imaniyah ok, di mana ia mendidik diri kita utk mentaati perintah Allah SWT. Tujuan manusia diciptakan ni untuk beribadah kepada Allah di samping menjadi khalifah di muka bumi ni.

"haa?apa tu khalifah??x penah pn dengar.."
Khalifah ni adalah kumpulan atau golongan yang meletakkan Islam di tempat yang sebenar, kerana ISLAM seharusnya menguasai dunia. Cuba kita tengok sekarang sape yg kuasai dunia? ......

Selalu kan kita dengar WAWASAN 2020? Wawasan umat Islam yang sebenarnya adalah lebih jauh daripada tu, iaitu WAWASAN AKHIRAT!
Sepatutnya kita perlu meletakkan semangat cintakan agama yang paling atas, barulah diikuti semangat nasionalisme (semangat cintakan bangsa). Ubah persepsi tu k!

Berikut adalah step2 untuk mencapai title "ISLAM MENGUASAI DUNIA" :
1.Pembentukan individu muslim (Tarbiyah Ruhiyah)
2.Baitul Muslim
3.Masyarakat Muslim
4.Pembebasan tanah air
5.Daulah Islamiah (Negara Islam)
6.Khilafah Islamiah
7.Islam menguasai dunia!!!

Cara2 nak Tarbiyah Ruhiyah:
1.Muroqobah (dekatkan diri dengan Allah)
2.Mu'ahadah (ingat janji kita dengan Allah, iaitu utk menjadi khalifah & beribadah kepada-Nya
3.Muhasabah (penghitungan diri)
4.Mu'aqobah (hukum diri kita, contohnya kalau buat salah terus solat taubat, belanja kawan etc.)
5.Mujahadah (bersungguh-sungguh)

Mujahadah ni ada 4 :
1.Ber'uzlah (cari masa bersendirian antara kita dgn Allah)
2.Diam
3.Berjaga malam (Qiamullail)
4.Berlapar (puasa)

"Nafsu kita sebenarnya dapat dididik dengan kelaparan, iaitu dengan berpuasa.."

Antara amalan2 sunat yang lazim dibuat:
1.Qiamullail
2.Solat sunat rawatib
3.Baca al-Ma'thurat
4.Baca al-Quran
5.Baca surah2 lazim seperti surah ar-Rahman & al-Mulk
6.Solat sunat Dhuha
7.Berzikir, selawat
8.Puasa Sunat

p/s: Jangan terlalu mengejar amalan2 sunat sehingga amalan yang fardhu ditinggalkan/dilengahkan!

Sekian, segala yang baik itu adalah datang drpd Allah, yg buruk itu dari diri sy sendiri walaupun hakikatnya kedua2nya adalah datangnya drpd Allah SWT. 



Tuesday 18 December 2012

Bila Roh Meninggalkan Tubuh


Sekujur tubuh terbaring, muka pucat, sejuk, beku dan kaku tidak bermaya.Tapi nun di satu sudut, rohnya masih berada di sisi jasad memperhatikan saja tubuhnya di perlakukan orang. Sewaktu semua perhiasan dan pakaian yang di banggakan dulu di bukakan maka terdengarlah roh menjerit-jerit, merintih dan merayu.
Semua makhluk mendengar jeritan kecuali jin dan manusia.

“Wahai orang yang memandikan, ku minta kepadamu karena Allah, supaya melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan. Sebab pada saat ini aku baru saja beristirehat daripada seretan malaikat maut …!”

Oleh karena itu, ketika hendak menanggalkan pakaian-pakaian saudara kita yang yang telah meninggal sebaiknya dilakukan dengan perlahan. Jika susah untuk dibuka, gunting saja pakaian tersebut.

Orang yang meninggal dunia (yakni ketika roh di cabut oleh malaikat maut), sakitnya seperti di tikam 300 kali. Walaupun pada lahirnya tubuhnya masih sempurna tapi pada hakikatnya tubuh tersebut telah hancur luluh.

Begitu juga waktu dimandikan, dikafankan, dan seterusnya sewaktu di usung ke kubur, roh senantiasa merintih mengharapkan pembelaan daripada manusia.

Sewaktu air disiramkan ke badannya ia berteriak: “Wahai orang yang memandikan roh, Demi Allah, janganlah engkau menuangkan air mu dalam keaadaan panas. Dan jangan pula terlalu sejuk.Sebab tubuhku terbakar dengan keluarnya roh.”

Dan ketika mereka memandikan berkatalah roh: “Demi Allah, Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menggosok aku dengan kuat. Sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya rohku.”

Sewaktu di mandikan dan di bersihkan najis kepada kemaluan, janganlah di biarkan mayat tersebut terbuka hingga menampakkan auratnya, sudah tentu roh berasa malu dan menangis bila auratnya di pertunjukkan pada orang. Sedangkan ketika hidup sangat di jaga auratnya itu.

Begitulah seterusnya, mayat merasa sakit sekiranya tubuhnya di perlakukan dengan kasar. Untuk mengatasi masalah ini, keluarga dan juga para tamu yang datang janganlah cuma menangis dan bersedih. Sebaliknya berikanlah bantuan dengan menghadiahkan bacaan Ya’asin ataun sekurang-kurangnya sedekahkanlah Al Fatihah.

Rasulullah sendiri melarang berbincang bincang hal-hal dunia di hadapan mayat. Apalagi mengumpat dan menceritakan keburukkannya semasa hidup.

Begitu juga dengan memasak dan makan-minum di rumah yang di dalamnya ada mayat. Usahakanlah memberi bantuan kepada kaum keluarga yang telah ditinggalkan oleh saudara mereka.

Sewaktu mayat dikeluarkan dari rumah, roh pun meyeru:

“Demi Allah, wahai jemaah ku, Aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anak ku telah menjadi yatim, maka janganlah kalian menyakiti mereka .. Sesungguhnya Pada hari ini aku dikeluarkan dari rumahku dan aku tidak akan kembali selamanya.”

Perkara-perkara yang perlu di tekankan di sini untuk umat Islam:

Jangan disediakan makan dan minum di rumah yang ada mayat kerana pernah saya menghadiri pengkebumian saudara-saudara kita dan masih ramai malah mereka dengan tidak sadar menyediakan makan minum kepada para tamu yang datang melawat orang yang meninggal karena mereka sebenarnya tidak tahu(jahil)

Asingkanlah tempat untuk dimandikan mayat tadi dari pandangan orang dan setidaknya di tiraikan kain atau tempat khusus untuk menjaga keaiban pada mayat tadi.

Dan yang paling harus diingat, jangan membongkar keaiban orang yan sudah meninggal tadi selepas kita mandikan mayatnya. Najis keaiban itu adalah suatu dosa yang paling besar!!!! Na'udzubillah..!!

Oleh sebab itu di tekankan di sini, sebaik baiknya orang yang akan sama-sama memandikan mayat biarlah dari kaum keluarga yang paling dekat sekali terutama anak-anak dan cucu-cucu. Untuk menjaga keaiban keluarganya yang telah pergi, Semoga di berkati oleh Allah adanya.

Jangan berdiam diri saja atau berbincang -bincang dalam soal keduniaan apabila kita melawat orang yang meninggal karena mayat tersebut sesungguhnya berada dalam keaadan kesakitan samapai di kuburkan.

Sebaik-baiknya bacalah Yaasin dan sedekahkanlah Al Fatihah untuk orang yang telah meninggal dunia.

Penghantaran ke kuburan, sebaik-baiknya kaum keluarga yang terdekat sekali terutama anak-anak dan cucu-cucu mengusung dan menguburkan mayat sehingga akhir, ke liang lahad karena mereka lebih mengetahui, lebih memahami, lebih mengenal, lebih terasa akan kehalusan persaudaraan dalam aspek menjaga, mengawal dan menentukan mayat sampai selesai dari saat menghembuskan nafas terakhir sehingga di kuburkan ...

Dalam suatu riwayat di sebutkan: Sewaktu roh terpisah dari tubuh, ia dipanggil dari langit dengan tiga kali jeritan:

Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan..

• Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu? ...

• Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu? ...

• Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu? ...

• Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu?’ ...

KETIKA MAYAT TERGELETAK AKAN DIMANDIKAN ..

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan …

• Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah? ...

• Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara? ...

• Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa? ...

• Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Ghaib Tak Bersuara? ...

KETIKA MAYAT SIAP DIKAFANKAN ...

Suara Dari Langit Terdengar Memekik,’Wahai Fulan Anak Si Fulan

• Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Redha Allah ..

• Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah ..

• Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal ..

• Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya ..

• Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.’ ...

KETIKA JENAZAH DI USUNG ...

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan..

• Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan ...
• Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat ..
• Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.’ ...

KETIKA MAYAT SIAP DISHOLATKAN ...

Terdengar dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan..

• Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat ..

• Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik ..
• Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.’ ..

KETIKA MAYAT DIBARINGKAN DI LIANG LAHAD ...

terdengar Suara Memekik Dari Langit,’Wahai Fulan Anak Si Fulan…

• Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini ...

Wahai Fulan Anak Si Fulan…

• Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis ..
• Dahulu Kau Bergembira, Kini Dalam Perutku Kau Berduka ...
• Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dlm Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.’ ..

KETIKA SEMUA MANUSIA MENINGGALKANNYA SENDIRIAN ...

Setelah para manusia pulang meninggalkan mayat yang sudah dikuburkan itu lalu Allah SWT berfirman:

"Wahai hamba-Ku, kamu tetap terpencil dan sendirian, para manusia sudah pergi dan pulang meninggalkanmu dalam kegelapan kubur.

Padahal kamu telah berbuat maksiat kepadaKu karena para manusia, karena isteri dan karena anak.

Namun aku sangat kasihan kepada mu pada hari ini dengan limpahan rahmat, yang dengannya para makhluk sama kagum. Dan Aku lebih kasihan kepada mu daripada kasih ibu kepada anaknya."

Allah Berkata Kepadanya, ‘Wahai Hamba-Ku …. .

• Kini Kau Tinggal Seorang Diri ...
• Tiada Teman Dan Tiada Kerabat ...
• Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap ...
• Mereka Pergi Meninggalkanmu. … Seorang Diri ...
• Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar PerintahKu ....
• Hari Ini, …. Akan Kutunjukan Kepadamu ...

• Kasih Sayang-Ku ...
• Yang Akan Takjub Seisi Alam ..
• Aku Akan Menyayangimu ...
• Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya’ ...

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , ‘Wahai Jiwa Yang Tenang

• Kembalilah Kepada Tuhanmu ..
• Dengan Hati Yang Puas Lagi Diredhai-Nya ...
• Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku ..
• Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku’ ...

Demikianlah keterangan dalam suatu riwayat mengenai beberapa ucapan dan jeritan serta teriakan yang di tujukan kepada mayat, sejak rohnya lepas dari tubuhnya sehingga mayat ditutup tanah dalam kubur.

Subhanallah ......

Peribadi yang BERDZIKIR ITU INDAH : ..
Setiap KALAMNYA adalah DAKWAH ...
Setiap DIAMNYA adalah DZIKIR ...
Setiap NAFASNYA adalah TASBIH ...

Setiap PANDANGAN MATANYA adalah RAHMAT ...
Setiap SUARA TELINGANYA selalu TERJAGA ...
Setiap FIKIRANNYA adalah BAIK SANGKA ...

Setiap GERAK HATINYA adalah DOA ...
Setiap SENTUHAN TANGANNYA adalah SEDEKAH ...
Setiap LANGKAH KAKINYA adalah JIHAD ...

Kekuatannya adalah SILATURAHMI ...
Kesibukannya adalah ASYIK MEMPERBAIKI DIRI ...
Kerinduannya adalah TEGAKNYA SYARIAT ALLAH SWT ...

Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah. .. AAMIIN ..
Salam Terkasih ..
Dari Sahabat Untuk Sahabat ...(copy paste)
  Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci

Wednesday 7 November 2012

Tahukah anda? -Tenaga Ajaib Tersembunyi

 Adakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?


1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Thursday 25 October 2012

Umrah Qadha

Sumber : Sirah Nabawiyah karangan Dr. Muhammad Sa`id Ramadhan Al Buthy

UMRAH QADHA

Pada bulan Dzul Qaidah tahun ke-7 Hijrah Nabi saw berangkat menuju Mekkah menunaikan umrah qadha. Bulan Dzul Qaidah adalah bulan dilarangnya Rasulullah saw masuk Mekkah oleh kaum Musyrikin pada tahun sebelumnya. Ibnu Sa‘ad menyebutkan di dalam Thabaqatnya bahwa orang-orang yang melaksanakan umrah pada bulan dan tahun ini bersama Rasulullah saw sebanyak 2000 orang. Mereka terdiri dari ahlul Hudaibiyah dan orang-orang yang bergabung kepada mereka. Seluruh Ahlul Hudaibiyah tidak ada yang ketinggalan kecuali yang mati atau syahid di Khaibar.

Ibnu Ishaq berkata : Kaum Quraisy menyebarkan berita bohong, bahwa Nabi saw dan para sahabatnya sedang menghadapi kesukaran, kesulitan dan kepayahan. Ia berkata: Saat itu kaum Musyrikin Quraisy berbaris di pintu Darun-Nadwah, ingin melihat Rasulullah saw dan para sahabatnya. Setibanya di Mekkah, Rasulullah saw langsung masuk ke dalam masjid al-Haram, kemudian duduk menghamparkan burdahnya dan sambil mengangkat tangan kanannya lalu beliau berucap :
"Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada orang yang hari ini dapat menyaksikan kekuatan yang datang dari hadhirat-Nya.“ Kemudian beliau mencium Hajar Aswad, lalu berjalan cepat bersama para sahabatnya mengelilingi Ka‘bah. Dalam thawaf ini beliau berlari kecil tiga keliling dan selebihnya berjalan biasa. Ibnu Abbas berkata : Orang-orang mengira bahwa hal itu bukan sunnah umum, Rasulullah saw melakukan hal itu sekedar untuk membantah desas-desus yang disebarkan oleh orang-orang Quraisy tersebut. Tetapi pada haji wadah Rasulullah saw juga melakukannya sehingga hal ini menjadi sunnah.

Dalam kesempatan ini Nabi saw juga melangsungkan pernikahan dengan Maimunah binti al-Harits. Dia katakan bahwa Nabi saw melangsungkan pernikahannya dalam keadaan ihram (akad nikahnya saja). Tetapi riwayat lain mengatakan setelah tahallul. Orang yang menikahkan adalah Abbas bin Abdul Muthallib, suami Ummul Fadhal saudaranya Maimunah.

Setelah tiga hari Rasulullah saw tinggal di Mekkah (waktu yang disepakati dalam perjanjian Hudaibiyah), orang-orang Musyrik datang kepada Ali seraya berkata : Katakan kepada temanmu (Nabi saw) agar segera meninggalkan Mekkah karena waktunya telah habis. Akhirnya Nabi saw keluar meninggalkan Mekkah.

Rasulullah saw menyelenggarakan walimah (pesta) pernikahannya dengan Maimunah di tengah perjalanan menuju Madinah, di sebuah tempat bernama "Sarif“ dekat Tan‘im. Kemudian pada bulan Dzul Hijjah berangkat ke Madinah.

Beberapa Ibrah :

Umrah ini dianggap sebagai penunaian janji Allah kepada Rasulullah saw dan para sahabatnya bahawa mereka akan masuk Mekkah dan thawaf di Ka‘bah. Telah anda ketahui bagaimana Umar pernah bertanya kepada Rasulullah saw pada waktu perdamaian Hudaibiyah: "Tidakkah engkau pernah menjanjikan bahwa kita akan thawaf di Ka‘bah ?“ Nabi saw menjawab: “Ya, tetapi apakah aku mengatakan bahwa engkau akan melaksanakannya tahun ini?“. Umar mengakui: “Tidak“. Nabi saw menegaskan: “Sesungguhnya kamu akan datang ke sana dan thawaf di Ka‘bah.“

Ini adalah penunaian janji Rasulullah saw tersebut. Di samping Allah juga mengingatkan kepada para hamba-Nya akan penunaian janji ini di dalam firman-Nya :
"Sesungguhnya Allah pasti membuktikan kepada Rasul-Nya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (yaitu) bahwa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, insya Allah dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya, sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang tidak kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat“. (QS A- Fath 27)

Selain itu Umrah ini mengandung erti pengkondisian dan pendahuluan bagi "kemenangan besar“ (al fat-hul-kabir) yang datang sesudahnya. Pemandangan berupa sejumlah besar dari kaum Muhajirin dan Anshar yang mengelilingi Rasulullah saw dengan penuh semangat dan thawaf , sa‘I dan seluruh upacara pelaksanaan ibadah umrah, yang disaksikan oleh kaum Musyrikin ini punya pengaruh yang sangat mendalam terhadap jiwa mereka. Mereka telah dicekam rasa takut terhadap kaum Muslimin setelah dikejutkan oleh kenyataan yang sama sekali bertentangan dengan gambaran yang selama ini mereka percayai tentang kaum Muslimin. Digambarkan bahwa kaum Muslimin dalam keadaan lemah dan pemalas akibat penyakit panas dan jeleknya cuaca Yatsrib, Imam Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa kaum Muslimin berlari-lari kecil di sekitar Ka‘bahdan di Mas‘a (tempat Sa‘I), sebagian mereka berkata kepada sebagian yang lain: “Itukah mereka yang kalian sangka loyo akibat penyakit panas ?! … Mereka lebih gagah dari ini dan itu“.

Tak pelak lagi bahawa umrah ini dengan sedemikian rupa pelaksanaannya memiliki pengaruh besar dalam jiwa kaum Musyriin menjadi "persiapan“ untuk "Fathu Makkah“ (penaklukan Mekkah) secara damai sebagaimana akan anda saksikan.

Pelajaran yang lain yang dapat kita ambil dari umrah ini diantaranya :
Pertama :
Ketika thawaf disunnahkan menampakkan lengan dan berlari-lari kecil pada tiga putaran yang pertama, karena mengikuti Rasulullah saw. Hal ini disunnahan bagi thawaf yang dilanjutkan dengan Sa‘i. Demikian pula disunnahkan berlari-lari kecil antara dua tanda di Mas‘a (tempat sa‘I antara Shafa dan Marwah), tetapi tidak disunnahkan bagi wanita.

Kedua, Sebagian fuqaha‘ membolehkan akad nikah dalam keadaan ihram haji atau ihram umrah, berdasarkan riwayat yang menyebutkan bahwa Nabi saw melaksanakan akad nikahnya dengna Maimunah dalam keadaan ihram.

Tetapi jumhur fuqaha‘ tidak membolehkan seorang yang sedang ihram untuk melangsungkan akad nikah untuk dirinya sendiri maupun untuk orang lain. Hanafiah berpendapat bahwa seorang yang sedang ihram tidak boleh mewakili akad nikah untuk orang lain yang tidak dalam keadaan ihram.

Demikianlah, Rasulullah saw telah menunaikan empat kali umrah dan satu kali haji. Imam Muslim meriwayatkan dari Anas ra bahwa Rasulullah saw menunaikan empat kali umrah yang semuanya dilaksakanan pada bulan Dzul Qaidah. Kedua umrah pada tahun berikutnya di bulan Dzul Qaidah. Ketika, umrah dan Ji‘ranah dimana dibagikan pampasan Hunain di bulan Dzul Qaidah. Keempat, umrah bersama hajinya.

Thursday 30 August 2012

Tinta sahabat karib ayahku : Ustaz Mad Nawi

  

"Bila ditatap potret ni maka terkenanglah kisah lalu
kisah yang membuka helaian baharu dalam hidupku
saat-saat indahnya menuntut ilmu
ilmu yang melayakkan seseorang itu mampu bertarung dengan jin
ilmu yang menghampirkan kita kepada Maha Pencipta
Ustaz Ku amat banyak mencurahkan ilmu kepada kami
cuma tidak ramai dari kalangan kami yang semampu beliau

sikap beliau yang suka membantu
tidak kira darjat dan pangkat
cepat mesra dan mudah diajak bicara
tidak mudah melenting atau marah

kehidupan beliau amat simple
tidak suka bermewah dan bergaya
meskipun beliau layak untuk itu

jasa beliau kepada kami
banyak dan sukar berbalas
kami doakan beliau
anak-anak dan isteri
sentiasa dilindungi Allah
dan memberkati segala ilmu yang dititiskan kepada kami.."