Assalamu'alaikum semua
Ce senyum sket ツ
So today sy nak share kt korang2 sume spt yg dinyatakan dlm tajuk entry kt atas tu haa
Lets move to the point, as we know
tanda-tanda kematian menurut ulama adalah benar dan nyata, hanya amalan
dan ketaqwaan kita saje yang akan dapat membezakan kepekaan kita terhadap tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan, masih mampu memperlihat
dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan
kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hingga akhir hayat
Baginda.
However *jeng jeng jeng*
Semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada
orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu deme yang
menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan
sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Nak tau ape tanda2nya? Jom scroll sket ke bawah
100 Hari Sebelum Hari Kematian
Ini adalah
tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari
oleh those yg dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang
Islam akan mendapat tanda ini, cume apakah mereka sedar atau tidak
saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu Asar. Seluruh tubuh
mulai dari hujung rambut sampai ke hujung kaki akan mengalami getaran,
seakan-akan menggigil.
Contohnya seperti daging lembu/kambing
yang baru disembelih, di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan
mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya
nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa
mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan
hilang setelah sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang
tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa
memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada
manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah
peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan
diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.
40 Hari Sebelum Hari Kematian
Tanda ini juga akan
terjadi sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.
Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang
letaknya di atas 'Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil
daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya
adalah ia akan mula mengikuti kita sepanjang waktu.
Mungkin juga terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika
ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan
bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi
kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa
yang akan dicabutnya.
7 Hari Sebelum Hari Kematian
Adapun
tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
sakit di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia
berselera untuk makan.
3 Hari Sebelum Hari Kematian
Pada
masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu
di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui/ difahami
maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan
kita nanti. Okay?
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar
lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan
ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur
masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan
jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 Hari Sebelum Hari Kematian
Akan
berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan
di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan
kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. Allah!
Tanda akhir
Akan
berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan dingin di
bahagian pusat dan akan turun ke pinggang seterusnya akan naik ke
bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap 2 kalimah
syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan malaikat maut untuk
menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan
sekarang akan mematikan pula.
Wallahu a'lam.
Semoga kite dpt ambik iktibar lah ye ツ
Okay? Salam warahmatullah.