Jodoh ada kaitan ngan keturunan kah??
Tidak,
Jodoh
tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai
menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah
perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia
25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2
kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita
baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang
jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri
drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang
kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku
pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2
mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Ketika
anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah
hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya
kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat
sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin
sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.
Bukan
semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia
baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang
betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan
sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya
semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik
sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan
Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa
dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa
ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka
bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup
berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika
tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika
merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin
itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang
untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai
matlamat. Berkahwin itu semp adan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah
anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan
mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan
datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."
"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."
No comments:
Post a Comment
Leave your comment(s) here