Assalamualaikum. Saya cuma nak kongsi sedikit perkongsian. Tajuknya ‘Andai Rasulullah SAW Melihat Aku Berfacebook’. Apa yang anda nampak bila dengar tajuk tu?
Seperti yang kita tahu, setiap sesuatu ada ’pro and cons’nya kan? Apa kebaikan facebook and apa pula keburukannya ?
Kawan usrah cakap facebook ni dapat menambah kenalan. Ada jugak yang
cakap “disebabkan kita friend dengan bermacam umur manusia,so sedikit
sebanyak kita dapat tahu apa yang berlaku. Contohnya di universiti. Kira
dapat info sikit pasal U.” Hah, ada jugak yang jawab, facebook ni boleh
jadi alat untuk kita menarik minat non-muslim terhadap Islam. Dan dia
cerita pengalaman dia ber’chatting’ dengan seorang kristian.
*Muslimah Dan Facebook*
Nampak tak sebenarnya apa yang saya cuba nak sampaikan melalui tajuk tu?
Ok, begini ya Rakan-rakan. Kalaulah kan, seandainya Rasulullah SAW
masih ada, bersama kita, melihat kita.. agak-agak macam mana? Apalagi
bila Baginda tengok kita muslimah ni dengan apa yang kita buat.
Peringatan, BILA KITA BERFACEBOOK, Agak-agak kena puji atau kena tegur?
Sebelum tu kena check dulu. Apa yang kita buat dengan facebook kita.
Bermanfaat untuk orang lain atau tak? Dedah aurat tak kat facebook?
Kalau dah tutup aurat pun, masih berbalas komen dengan mesra tak dengan
lelaki? Chatting yang tak penting? Gambar tayang sesuka hati? Ada tak
gambar yang spesis menggoda gitu. Cuba check!
Kalau Nabi
Muhammad SAW tengok bagaimana kita ber ‘facebook’ ni, agak-agak kena
puji tak? Masa nak berfacebook tu, apa rujukan anda? Siapa sasaran
status anda? Banyak jenis orang di facebook ni. Ada yang buat facebook
macam diari.
“Facebook aku, suka hati aku la nak post apa pun!”
Kemudian, yang sedihnya bila golongan muslimah, yang faham pengertian
ikhtilat, yang faham apa yang wajib dia faham, pun ter’jerumus’ dalam
the bad side of Facebook. The bad side of Facebook? Muslimah? macam mana
tu? Begini..
Bagaiman syaitan menghias maksiat, kaburkan pandangan kita. Yang buruk tu nampak macam baik. Faham kan?
Contoh mudah. Kita couple. Couple islamik la kononnya. Datang istilah dari mana pun tak tau la.
“Kita tak pernah jumpa pun dengan boyfriend kita. Mesej-mesej je. Tu
pun sebulan dua kali. Mesej yang elok-elok je la. Kejut tahajud, subuh,
bagi nasihat dan tazkirah. Kita saling mencintai kerana Allah. Apa tu
orang kata, ukhuwwahfillah? Ha, ye la tu. Tak dosa. Kami tahu syariat
sebab tu tak couple macam orang lain. Couple macam orang lain tu kan
taqrabul zina. Kami ingat dosa lagi tau.”
Betul ke ni?
Contoh dalam facebook. Kita post status dengan genre Islamik, Kemudian ada la rijal mari bertandang,
“Baguslah enti ni. Post status yang bermanfaat untuk semua. Kalau enti masuk ustazah pilihanconfirm menang ni.”
“Eh, takdelah. Biasa-biasa je. Enta tu lagi hebat. Post hadith memanjang. Kalau masuk Imam Muda, mesti kalah semua orang.”
Nampak?
Wahai saudara/saudari ku! Siapa yang buka ruang sebenarnya ni? Kemudian
kalau ikhwan tu tiba-tiba jadi mesra, mula la nak bersalah sangka,
“Eh,dia ni. Nampak je waro’ tapi miang jugak.” “Tak sangka dia berani
nak hint-hint aku. Dia sedar tak aku ni siapa, dia tu siapa?”
Hmm, Kasihan muslimin. Dipersalah terus menerus. Saudari, jangan salah
faham. Bukan saya nak back up pakatan axis Y ni. Tapi kadang-kadang ada
sesetengah perkara tu salah kita sebenarnya.
Seterusnya, post
status cinta. Semua status dia tu bertemakan cinta. Cinta islamik
popular sekarang ni kat facebook kan? Banyak page-page cinta islamik.
Malah, Buka sahaja facebook. Dekat home tu boleh dikatakan separuh atau
lebih yang bercerita soal cinta. Termasuk saya, kadang-kadang.
“Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu. Kalau hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu.”
Tipu kalau tak pernah dengar quote tuh.
“Aku menunggumu kerana Allah.”
Remaja, Jangan layu sangat dengan falsafah cinta. Da’ie itu bukan
membuang masanya dengan falsafah cinta sahaja. Bimbang mulut menutur
nasihat cinta islamik, sedangkan hati sedang memujuk nafsu agar
mendekati.
Jangan salah faham. Bukan nak cakap benda ni salah.
Baguslah sebenarnya kalau cinta berlandaskan iman. Tapi takkan itu
sahaja yang kita fikir? Kalau lah kecintaan terhadap ummah macam ni.
Subhanallah. Musuh Islam pun gerun tengok kita.
Ada jugak yang
spesis ‘aku like kau, kau like aku’. Tiap-tiap status dia like. Macam
pelik je, status yang tak menarik pun di ‘like’. Ni like status ke like
tuan status? Status sesama gender tu kurang pula dia nak like. Status
yang different gender tu juga dia nak like. Apa tuh orang kata, macam
magnet. Kan? Kalau North sama North, dia tolak. North dengan South baru
boleh tertarik. Magnet nak main aci-tarik-aci-tolak pun tak apala.
Magnet tak kenal halal haram. Tapi yang kita ni. Sepatutnya dah terlebih
faham kan.
Lagi satu, pasal gambar. Kalau boleh tak perlu la
nak upload gambar yang jelas terang-terangan sampai nampak segala
jerawat. Muslimah, Walaupun awak tutup aurat dengan sempurna sekalipun,
jangan jadikan perkara itu sebagai lesen untuk awak upload gambar sesuka
hati. Kita tak tau hati orang. Kita tak tau apa yang orang Lelaki tu
fikir . Jadi jagalah perlakuan kamu, mahalkanlah mahar maruah kamu wahai
Muslimah.
Kemudian, untuk kamu yang berniqab. Walaupun hanya
nampak mata sahaja, janganlah kamu ambil gambar yang agak ‘melampau’.
Bimbang nanti terpesong niat pula. Moga dijauhkan. Kita berniqab kerana
Allah. Sebab nak jadi lebih baik dari sebelum ni. Jadi, rasanya tak
perlu untuk kita letak gambar berniqab yang agak jelas. Gambar
individual, kalau ramai-ramai lain cerita. Masalahnya gambar yang
shooting dekat. Jelas keindahan mata yang mempesonakan. (Sila jangan
marah ya )
Andai Rasulullah s.a.w melihat aku berfacebook, apakah reaksinya?
Kecewakah dia denganku?
Ya Allah, peliharalah diri kami dari segala yang membinasakan..maaf eh kalau ada salah & silap, sama 2 perbetulkan diri ^^
Sumber: facebook.com